Saturday, July 9, 2011

Armagedon 2012 - BENCANA AKHIR ZAMAN [Muhammad Alexander]


Entry kali ini membincangkan tentang ''pelbagai ramalan tentang HARI KIAMAT yang TERNYATA TIDAK BERLAKU ..
Berikut adalah senarai ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar . Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara SPESIFIK malah termasuk masanya ;

1. Charles , seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945 , pada jam 5.33 pagi ..

2. Charles Laugheda , seorang doktor dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dasyat akan terjadi pada 20 Disember 1954 ..

3. Ada pihak meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960 , jam 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika . Ekoran ramalan itu , ada orang yang menghasilkan perahu di gunung ..

4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 , iaitu antara jam 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari ..

5. Kultus Gereja Orang Denmark Orton dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan berlaku pada 25 Disember 1967 , iaitu dalam bentuk perang nuklear . Ramalan itu mendorong kultus berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah ..

6. Christian Church True Light meramalkan kiamat akan berlaku pada 31 Disember 1970 , pada jam 12 tengah malam ..

Dan ada 20 lagi contoh ramalan ..

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas menunjukkan manusia TIDAK MAMPU mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat .. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda .. Bahkan Nabi Muhammad selaku Utusan ALLAH yang terakhir sendiri TIDAK mengetahui .. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja ..




No comments:

Post a Comment