Friday, August 27, 2010

Dia Cintaku !

Dulu ., aku pernah mengecapi bahagia .. Aku leka bersamanya .. Habiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah .. Sehinggalah pada suatu hari ., di saat hati kami tidak lagi bersatu ., bersangka baik dan toleransi tidak lagi menjadi pegangan .. Hatiku sakit!

Pada saat kekecewaan ., Kau hadir dalam hidupku .. Mengetuk pintu hatiku dan membawa seribu pengertian .. Baru kusedar .., selama ini Kau telah lama menabur benih kasih sayang terhadap ku ..Sepanjang perhubungan ini ., tidak pernah Kau mengecewakan aku .. Tiap hari Kau melayangkan surat-surat cintaMu .. Tidak pula aku jemu membacanya malahan makin bertambah rinduku untuk bertemu denganMu .. Takala aku kesedihan dan keresahan ., aku luahkan kesemuanya padaMu ..

Takala aku gembira ., aku tahu Kau bersamaku ketika itu .. Kita berkongsi kegembiraan bersama .. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati ., teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka .. CintaMu begitu hebat .. Sangat agung .. NamaMu sentiasa menjadi siulan harianku .. Kau sering menguji kesetianku .. Sehinggakan aku tidak sedar aku telah menyakitiMu .. Maafkan aku wahai Kekasih .. Tidak mampu aku tandingi kehebatan cintaMu .. Aku yakin Kau tidak akan meninggalkan aku .. Kau sentiasa di sisiku dan menemaniku .. Aku cinta padaMu ..

Kekasihku Allah ..

No comments:

Post a Comment